melepaskan tensiOn.. ^^,
REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE
♥
0like to eat this entry
1.Kecemase versi Kelate
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa
"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba2 kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."
2.Orang gila
Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahka n Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun.
Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"
Jawab Man "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man!, Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."
"Ahh! Man nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"
Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .
Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"
Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!
3.Pal Ali Yang Jujur
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"..
Posted at Friday, February 11, 2011 | 0 comments