Sweetness
THE SWEETNESS
Welcome. It's pink and black. So ? Haha. Just enjoy yourself like i'm enjoy myself.. herherher ! :D; Dashboard | +Follow
love story??wahh..ada ka cam nie?? (':
REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE 1like to eat this entry
A’are mundar mandir di dalam biliknya itu. Semuanya serba tak kena. Hendak duduk, rasa tak selesa. Hendak berdiri kaki dah letih. Semuanya tak menjadi kerana ucapan yang dikeluarkan oleh Julie petang tadi.
Hidupnya menjadi serba salah kerana tersepit di antara dua gadis. Seorang yang memang hadir dan sentiasa bersamanya setiap hari dan seorang lagi yang telah lama menghilang dan hadir kembali.
Handphonenya yang diletakkan di atas katil berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
“Hello?” Terdengar suara yang biasa didengarnya di hujung talian.
“Ya Dania. Kenapa call malam-malam ni. Ada apa-apa yang I boleh tolong you?” A’are menyambut panggilan tersebut dengan hati yang masih bercelaru.
“Eh, macam la I tak biasa call you malam-malam kan? You tengah buat apa tadi?” Dania memulakan perbualannya.
“I tengah…. Erk? Tak ada buat apa pun. Saja je golek golek golek dalam bilik ni.” A’are menjawab dengan nada tersekat-sekat.
“You, I pernah jadi girlfriend you. I kenal you yang you memang tak pandai menipu. Cuba terus terang. You buat apa tadi?” Soal Dania cuba mendapatkan kepastian.
“I tengah buat kerja sikit tadi. Ada banyak kerja yang tertangguh.” A’are cuba memberikan jawapan palsu dengan lebih tenang.
“Oh, ye ke? I ganggu you ke ni?” Dania menyoal untuk mengetahui sama ada dia menelefon di waktu yang salah.
“Eh, tak ada la. Dah nak siap pun. Kerja ni kejap lagi boleh buat. You dekat mana ni?” A’are sudah mula berbual dengan rasa yang selesa.
Benar, A’are memang tidak dapat menafikan perasaannya kepada Dania. Masih ada rasa sayang yang masih bersarang di dalam hatinya. Mereka meneruskan perbualan mereka itu. Setelah hampir dua jam Dania meminta izin untuk memutuskan talian.
“You, I rasa dah mengantuk la, kalau you tak ada apa-apa plan, I ingat nak ajak you pergi tengok wayang esok. Nak ikut tak? Kalau you free la.” Dania mengajak A’are untuk mengikutnya ke tempat dia berkerja.
“Boleh jugak tu, esok memang free.” A’are terus memberikan jawapan tanpa memikirkan apa-apa.
“Okay, kalau macam tu I ambil you dekat Ole-Ole tengah hari esok before lunch can we?” Soal Dania.
“Ya, for sure. I’ll see you tomorrow.” Balas A’are ringkas.
“Okay lah kalau macam tu. You, honestly from my heart and special for you. I love you and I always adore you.” Dania menghabiskan kata-katanya dan terus memutuskan panggilan.
“I love u?” A’are sekali lagi terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Dania setelah begitu lama beliau tidak mendengar ucapan itu dari Dania.
“I love you too Dania.” Balas A’are walaupun dihujung talian tersebut sudah tidak ada sesiapa yang mendengar.
Selepas itu A’are melabuhkan kepalanya ke bantal tetapi masih sempat untuk melihat jam Casio ditangannya itu yang telah menunjukkan pukul 3:57 pagi dan tidak lama selepas itu A’are telah berada di alam mimpi.
Pagi itu A’are bangun dengan penuh ceria dan terus menuju ke bilik air untuk mandi dan selang 15 minit beliau pun keluar dari bilik air tersebut dan masuk ke biliknya semula.
“Baju ape aku nak pakai hari ni ye. Kejap lagi nak keluar dengan Dania.”Bebel A’are seorang diri di dalam bilik.
A’are terus mencapai baju NIKE PRO COMPRESSION yang dihadiahkan oleh Dania semasa hari jadinya, kemudian menyarungkan kemeja lengan panjangnya yang dilipat hingga paras siku dan beliau mengambil seluar jeans yang dilipat kemas di dalam almarinya dan disarungkan ke dirinya.
“Handsome jugak aku ni.” Pujinya sendiri dan beliau terus keluar untuk pergi ke pejabatnya.
Setibanya di pejabat, Semua pekerjanya sudah tiba memandang ke arah A’are yang masih berdiri di depan pintu.
“Kenapa? Tak pernah tengok orang ke?” Soal A’are.
“Lain macam lak aku tengok kau ni. Kau kena nombor ekor ke?” Usik Denny.
“Hish, sampai mati pun aku takkan usik benda haram tu. Apa yang lainnya?” A’are menjawab sambil menyoal.
“Selagi pandang tadi, aku ingat yang masuk Zac Efron, rupanya member aku sendiri. Haha.” Sambung Ann dari tempat duduknya.
Pagi itu kecoh pejabat itu hanya kerana penampilan A’are. Masakan tidak kecoh, A’are yang di kenali di pejabat itu merupakan seorang yang jarang memakai kemeja kecuali di majlis-majlis formal.
Selepas itu mereka semua melakukan kerja masing-masing seperti biasa.
Pukul 11:25 A’are keluar dari biliknya sejurus selepas mendapat mesej dari Dania yang memberitahu dia telah sampai di hadapan Ole-Ole.
“Nanti jangan lupa kunci pintu office ni ye. Aku keluar and terus balik rumah. Ingat tau, jangan lupa kunci pintu.” Pesan A’are sebelum meninggalkan pejabatnya.
“Kau nak pergi mana A’are?” Soal Denny ringkas.
“Aku nak keluar kejap. Ada hal sikit dengan client.” A’are memberikan alasan.
“Oh okay la.” Denny menjawab lalu menyambung kerjanya.
Sebaik keluar dari pintu pejabatnya dengan perasaan lega, A’are terus berlari turun dari tingkat atas Ole-Ole dan menuju kearah pintu utama dan di situ sudah kelihatan sebiji kereta Honda menanti.
“Maaf kalau lama tunggu.” Ucapan pertama sebaik sahaja A'are membuka pintu kereta tersebut.
“Tak ada lah lama sangat. Masuklah.” Dania mempelawa A’are masuk ke dalam keretanya.
“Nak tengok wayang dekat mana ni?” Soal A’are.
“As usual la dear. Kat Midvalley.” Balas Dania ringkas.
“Dear? Tu panggilan yang dia gunakan time aku dengan dia bercinta” Bisik A’are di dalam hati.
Sepanjang perjalanan mereka bersembang dengan penuh mesra seakan-akan mereka masih lagi bercinta.
Hampir sejam kemudian Dania meletakkan keretanya di kawasan parking Zon A.
Mereka berdua menaiki lif untuk ke panggung wayang yang terletak di tingkat paling atas.
“Erk Dania….” Percakapan A’are terhenti apabila Dania memandangnya.
“Kenapa?” Soal Dania cuba mendapatkan kepastian.
“I mean…..Honey, can you hold my hand while we are walking? Like before?” Soal A’are dengan nada tersekat-sekat.
Dania hanya tersenyum sambil mencapai tangan A’are dan mereka berdua berjalan beriringan. Hati A’are merasa gembira yang teramat sangat. Beliau tidak akan mengecewakan Dania lagi.
Selepas membeli tiket wayang, mereka berdua menikmati makan tengah hari mereka di KFC.
“You, boleh ke kalau kita jadi macam dulu?” Soal A’are ketika mereka sedang rancak menjamu selera.
“Macam dulu? Maksud you?.” Dania sengaja berpura-pura tidak faham.
“You,sudi tak sekiranya I ingin melamar you semula untuk menjadi kekasih i?” Soal A’are sambil memegang tangan Dania.
Dania diam dan tunduk.
“Apa jawapan you?” Tanya A’are sementara masih menunggu jawapan Dania.
“I sudi.” Balas Dania ringkas.
“Thanks Dania.” Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh A’are.
Hari itu merupakan hari yang sangat indah bagi A’are kerana dia telah berjaya melamar Dania untuk menjadi kekasihnya semula. Dia pasti bahawa hatinya telah memberikan perasaan yang betul kepada insan yang bernama Dania.


Selepas menikmati makan tengah hari, mereka berdua pergi ke arcade game yang terletak di dalam Jusco. Mereka berdua amat menggemari permainan Basketball dan sering bersaing untuk mengalahkan satu sama lain.
Selepas menghabiskan masa hampir satu jam di arcade tersebut,mereka melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 4:02 petang sementara wayang mereka bermula pada pukul 4:20 petang.
Selepas selesai menonton wayang tersebut yang tamat pada pukul 6:30 petang, mereka berdua terus menuju ke tempat letak kereta sambil berpimpin tangan.
Kemudian Dania terus memandu keretanya menuju semula ke Shah Alam. Mereka berdua pulang dengan perasaan yang gembira kerana mereka berdua telah menjadi sepasang kekasih semula.
Dania terus menghantar A’are kerumahnya walaupun tahu yang A’are meninggalkan motornya di Ole-Ole.
“Eh you, motor I kat Ole-Ole la.” A’are mengingatkan Dania.
“Tak Apa lah, Esok pagi I ambil you and hantar you pergi kerja ye ? Lepas tu you boleh la ambil motor you kan?” Balas Dania.
“Thanks lah kalau macam tu, I mintak diri dulu ye?” A’are meminta izin untuk pulang.
“Okay, jaga diri okay? Selamat malam. I love you.” Ucapan Dania kepada A’are.
“Ya, I will. You too okay. I love you too.” Balas A’are dan dengan itu Dania bersalam dan mencium tangan A’are sebelum memandu keretanya pulang dan A’are masuk ke rumahnya dengan hati yang berbunga-bunga.

Posted at Friday, February 18, 2011 | 1 comments

|
captain
Facebook | Twitter
Hai i'm Noor AmaLina. i'm full time lover. part time hater and sometimes sweet stalker. wanna know more bout me ? just adding me at facebook and also follow me on twitter oke ? i'm a person who addicted food damn much ! rawrr ! :D.

Scream here

Navigation

About Links Entries


Credits
Penat-lelah by : Speaking Bunny
Basecode by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google

- END -